
|
|
Ma Besday~>11 Dec
Ma Dad Besdayy~>2 Jan
Ma Mom Besday~>8 JulY
Ma Sis Besday~>16 SepT
Ma Bro Besday~>3 AuG
Enol Besday~>22 JUly
Cikmu Besday~>22 Dec
Eda Besday~>26 NoV
Thursday, January 19, 2012
salam.
saya taktau dari mana nk mulakan entri ni. saya hilang kata.perasaan saya sekarang bercampur2.teruja sangat.gembira.sedih juga.semua bergaul sebati untuk menuju ke suatu tarikh kurang 24jam dari sekarang. satu perasaan yang x pernah saya rase seumur hidup saya.dan ini buat pertama kali saya akan rasai sendiri perasaan seorang adik yg bakal menyaksikan kakaknya disunting oleh seorang jejaka utk suatu ikatan yang sah hingga hujung nafas.
sejujurnya,menaip ini.saya rasa sebak.(T_T).akhirnya,bakal tiba juga masa untuk suatu titik perubahan dalam keluarga saya. yang selama ini semuanya sebumbung.semuanya semeja.semuanya sekereta.lakukan apa saja..semuanya bersama. kami mungkin x mesra mcm adik perempuan lain.kami x byk berkongsi cerita dan rahsia. tapi kami rapat. kami x pernah berpisah jauh. sedari kecik, dia kawan baik dan gaduh saya. dia teman shopping, dia teman pergi konsert, dia teman ke stadium, dia teman yg layan kemana saya pergi jika tiada kawan. tapi..selepas saat aku terima nikahnya nanti, semuanya akan berubah. dia mungkin tak boleh selalu ada bila saya perlu teman.dia kelak di bwh tanggungjawab si suami. saya cuma berharap,perubahan itu tak terlalu besar dan drastik buat keluarga saya..agar kami boleh terima perlahan2 perubahan ini.
ok.sudah.simpan sedih ini utk saat ijab kabul nanti.harap saya cukup kuat,jgn saya yg nangis lebih2 kalah pengantin..saya sepatutnya gembira.bakal terima abang dlm keluarga. bakal terima keluarga besar yg baru,yg baik,yg mesra. persediaan utk hari besar ini bermula sejak dr thn lepas. dan sejak dari pertunangan kakak saya, hari2 kami semakin padat. banyak perkara,program dan hal yg perlu diselesaikan menghadapi detik ini. bermula dari survey2 di pameran2 pengantin, survey di majalah, blog dan website. kemudian berjumpa caterer,wedding planner, designer. selebihnya byk waktu diluangkan membeli itu dan ini serta segala bagai. Nilai 3 dah jd rumah kedua sekarang.haha.

pameran pengantin pertama

perbincangan bersama caterer
malam2 kami, hujung minggu kami..semuanya dipenuhi dgn persiapan utk hari besar ini. dari door gift,deco meja ,bunga manggar,bunga pahar,bekas hantaran...semua handmade. penuhi saja semua kehendak dan impian dia. moga majlis ini menjadi kenangan paling manis paling indah paling terkesan buat dia.
perbincangan pertama saudara mara pada hari raya aidilfitiri yg lalu.pembahagian tugas bermula.

perbincangan terakhir sebelum majlis.

mohon saya, agar jumaat dan sabtu ini. tanggal 20 dan 21 januari 2012.menjadi tarikh paling bahagia yang akan kami sekeluarga sematkan dalam diari hidup masing2. dititip juga doa agar majlis berjalan selancar boleh,semahu dia dan dirahmati Mu Ya Rabb. amin.
Thursday, January 19, 2012 11:19 pm (isyaboo)
Monday, January 02, 2012

Monday, January 02, 2012 11:19 pm (isyaboo)
Saturday, December 31, 2011
salam.
alhamdulillah.syukur.air mata itu tak lama.disekat dengan segala kegembiraan dan gelak tawa tahun ini. banyak alasan untuk saya teruskan hidup dengan senyuman.terlalu banyak.hidup ini bukan untuk terus menangisi pintu yg tertutup.maka saya harus move on dan cari pintu yg terbuka buat saya.
saya berjanji pada diri utk buat apa saja yg saya mahu, utk pergi mana saja yg sy rancang,utk penuhi setiap ruang waktu saya dengan sesuatu. agar tiada satu saat pn sempat utk memori hitam itu menerjah ruang akal saya yg belum sepenuhnya pulih.tahun ini juga saya pasti sibuk.sibuk utk sesuatu yg besar thn depan.
syukur. Tuhan beri ruang waktu yg lapang.rezeki yg lebih.kudrat yang kuat. untuk saya lakukan semua yg saya mahu.byk perkara baru yg saya belajar.sungguh.banyak dan luas ilmu Tuhan.untuk kita pelajari dan hayati setiapnya.tahun ini jejak kaki saya ditinggalkan di puncak bukit broga.akhirnya.walau azam utk ke Kinabalu.tp ini awal persediaan sblm ke puncak yg lebih tinggi. waktu saya juga byk diisi dgn mencuba masakan baru dan ikuti kelas solekan.x pernah teringin pn.tapi tah kenapa.turutkan kehendak kwn2 utk belajar.dengan rakan2 ini juga, kami telah sama2 mulakan perniagaan kecil2an.walau x seaktif mana, tapi dpt saya rasa pengalaman ini. harapnya agar ada ruang utk kami terus maju.mudah2an.
@broga hill
@minaz boutique opening

@kelas solekan..=p
syukur.thn ni juga saya lebih byk spent masa dgn keluarga.tebus semua masa yg diberi dulu pada yg x sepatutnya. kami dapat ke IB 2 kali utk menonton teater dan konsert.seronok punya ibu ayah yg sgt sporting.punya minat yg sama untuk saling berkongsi. diberi kesempatan juga untuk saja2 bercuti ke Penang dan seperti dirancang sampai juga kami di bumi Jakarta. Indah sangat segala pengalaman dan kenangan selama bercuti.sesungguhnya tiada apa yg lebih indah selain luang waktu bersama keluarga.yg paling indah first time dpt terbang dgn parasailing.baru tau nikmat punya sayap dan rasa bebas.

@konsert wings n superfriends

@holiday in jakarta n bandung

@parasailing-Penang
syukur.tahun ini pasti bukan yg paling gembira utk saya saje.tp juga org2 keliling saya. dua orang teman yg selalu disisi saya selamat menjadi tunang dan isteri orang. gembira saya krn dpt sama2 tumpang kemeriahan dan kebahagiaan mereka.paling gembira juga tahun ini, pertama kali keluarga kami mengadakan suatu majlis besar; majlis pertunangan kakak saya. akhirnya mereka diikat ke suatu ikatan yg lebih kukuh InsyaAllah.teruja.gembira.sayu juga sebenarnya.Alhamdulillah.segalanya lancar seperti mahunya.

@yanie's engagement

@ my sister's engagement day
dan syukur paling besar.Tuhan,akhirnya hajat kami utk memiliki kediaman yg lebih baik dan lebih selesa dimakbul Tuhan.Alhamdulillah.ke arah ini bukan jalan mudah.byk pengorbanannya.syukur.tahun ini buat pertama kali dalam sejarah 27 tahun hidup saya, saya rasa bagaimana lelah pindah rumah.bagaimana seronok juga beli segala peralatan dan perabot rumah.hingga dapat juga kami beraya di rumah baru tahun ini.syukur Ya Allah.tak terhingga.=')
syukur. Tahun ini setelah Tuhan duga saya tentang nilai sahabat.Tuhan temukan pula saya dengan sahabat2 baru. yg pada saya cukup baik dan selalu ada disisi. dari seorang yg x entah siapa2.yg entah dari mana.mereka muncul menjadi sesorang yg beri makna dlm hidup saya.harap saya, perkenalan ini,ikatan ini untuk fahamkan saya..tentang apa dan siapa sebenarnya yg layak digelar sahabat sejati.tolong mengertikan saya tentang itu.kerana akhir2 ini,saya sudah pudar jiwa tentang kasih sayang dan kesetiaan pada manusia bergelar sahabat susah senang kononnya.
Tuhan.tiada noktah utk aku huraikan untuk aku perincikan setiap nikmat,setiap rezeki, setiap bahagia yang Kau beri utk aku tahun ini.setelah berguling2 aku jatuh.setelah berderai hati dihempas.setelah hanyut aku dibawa arus gelap yg menyesatkan.ini balasan Kau pada aku.ini hadiah Kau untuk aku.Tuhan,tolong jgn lepaskan gengaman ini lagi.tolong ikat hati aku pada Kau..sekukuhnya.selamanya. T_T
eh,paling best jugak tahun ni dpt saksikan harimau malaya, harimau muda dan chelsea fc live di stadium. plg best saat harimau muda tumpaskan garuda di bumi mereka! itu detik plg besttttt okay! best gila. =D
Saturday, December 31, 2011 11:06 pm (isyaboo)
salam.
Saya syukur Tuhan beri ingatan x berapa baik pada saya.banyak perkara yg saya dah lupa berlaku spnjg tahun ni, sampai kena bukak planner ofis nak buat entry ni. tajuk tu dah cukup huraikan kisah sepanjang tahun ini.bermula dgn air mata dan penghujungnya penuh dgn gelaktawa.
malu saya untuk cerita tentang awal tahun 2011. ketika saya masih sedang hanyut dalam kisah dusta lelaki itu. terbuai dengan dugaan dunia yang melalaikan. tapi itu cuma seketika.kami berjumpa kali terakhir sebelum makin hebat drama yang mengheret saya sama untuk menjadi pelakon utama tanpa saya ketahui. dan saya benci bila ingat waktu itu. waktu saya terlalu menagih kasih dia.
bulan- bulan awal yang gila. yg gila itu saya.dari jauh saban hari terima berita yg menikam hati saya yang dah x rupa hati. bertahan tentang kenyataan itu dan berdoa untuk keajaiban merubah jalan. menongkah arus yg datang utk kami sejak tahun lalu. itu memang sakit.amat.tidur malam x pernah lena.bunyi sms masuk lewat malam adalah bunyi yg paling menakutkan saat itu.krn saya tau,sms yg saya terima akan buat saya x tidur sampai pagi. bantal2 dah muak menadah air mata saya tiap malam.
bulan-bulan awal yg murung.pulang kerja,aktiviti saya cuma tidur dan tidur.krn saya dah penat.untuk celik mata dan merasa perit dalam setiap nafas saya. makin parah hidup saya selepas segala lakonan mantap dia terbongkar.satu persatu drama dia dirungkai.sampai terkadang, saya ambil cuti untuk berada di rumah sorang2. meraung,menangis semahunya.ini hadiah paling gila kau beri pada aku sbg bukti untuk kau kotakan janji kau ingin lihat aku bahagia.benar,aku sgt 'bahagia' kau perlakukan aku mcm ni.sangat!
bulan-bulan awal yang merangkak.perlahan2 saya papah sendiri diri ini untuk bangun.walau terhencot2,walau tempang, saya perlu berjalan.bukan hanya berdiri memerhatikan lelaki durjana itu berlalu. tapi sakit itu belum pulih.menjadi stalker seperti manusia gila.menjejak segala helah kau.kalau boleh sampai lubang cacing. namun sekali pun kau x pernah akui semua itu.dasar pengecut! lelaki serupa itu, x layak untuk saya tangisi lagi.kekuatan dan sokongan dari sahabat setia, keluarga dan kamu yg sama2 remuk angkara lelaki yg sama, banyak bantu saya untuk terus ke depan tanpa menoleh.ini bukan masa untuk masuk gear reverse lagi seperti kau.
bulan-bulan awal yang menduga. kerana lelaki yg kononnya suami orang itu akan bernikah. bohong kalau saya kata saya x mahu ambil peduli.walau sesakit mana dan separah mana hati ini pernah diremuk dia, dia lelaki yg pernah saya sayang.sangat.tapi Tuhan tak pernah tolak permintaan saya walau saya pernah abai Dia sewaktu lalai saya.dia tetap beri saya kekuatan yang semacam magik.untuk saya terus bejalan di setiap hari saya dengan senyuman dan hilai tawa.saya malu.saya berdosa.saya sangat terhina bila ingat itu.
pada saat saya tersungkur jatuh, Tuhan tak biarkan saya sorang2. saat ini juga,teman rapat saya punya masalah semacam saya.malah mungkin lebih tragis.maka,kami kongsi rasa.sama2 paut tgn untuk berkongsi kekuatan.papah,bangun.berjalan dan berlari.namun,Tuhan duga pula waktu ini, untuk sama2 nilai apa itu erti sahabat pada kami satu geng. mcm2 perkara terjadi.entah dimana silapnya.bertikam lidah.perli sana sini.jaja aib org sana sini. sume kerana teknologi bernama fesbuk. oh Tuhan.sedih amat saya kerana perihal ini.tidak terfikir saya, persahabatan kami diuji sebegini rupa.hampir terlerai ikatan yang bernama sahabat baik itu krn mulut manusia.walau tidak terputus,namun ikatan itu x mungkin kukuh seperti dulu.tak mungkin.kerana erti kepercayaan itu tak pernah lagi wujud.
awal tahun saya dipenuhi dengan kisah yang mengajar. mengajar erti bodoh kerana kasih manusia, tuli kerana nafsu dunia, alpa kerana menagih cinta sementara dan kegagalan bila tolak tepi kasih sayang Allah. Hingga saat saya buta membezakan tentang cinta dan suruhan Tuhan, Dia sambut saya dan belai saya dengan segala kasih sayang yang Dia miliki. ditiup hidayah pada saya dan pimpin tangan saya,untuk kembali pada jalan yg sebetulnya. Ya Allah, aku malu! T_T

Saturday, December 31, 2011 08:45 am (isyaboo)
Sunday, December 25, 2011






Sunday, December 25, 2011 08:34 pm (isyaboo)
Sunday, December 11, 2011
salam.
saya x pernah terfikir sebenarnya utk hidup sejauh ini.sungguh.saya org yg mmg x berpandangan jauh.waktu belajar degree dulu, saya x pernah mampu utk bayangkan mcm mana saya setelah tamat pengajian. apa kerja saya?mcm mana hidup saya?di mana rezeki saya? malah x pernah terfikir mampu drive kereta pn.mcm.ehhh,blh ke aku bwk kereta?mcm tak sampai je kan.huhu.mcm tiada target lgsg. krn itu saya hanya jalan ikot angin yg membawa saya ke mana saya hari ini.
alhamdulillah. dah lebih suku abad Tuhan beri peluang pada saya utk sedut setiap nikmat yang diberi Dia.dan sejak suku abad ini berlalu,makin byk rezeki bergilir ganti dgn mcm2 dugaan hidup juga yg Tuhan beri.yaa..Tuhan x beri saje2.dah bagi rezeki.harus ade ujian sbg bayarannya.untuk saya x hanyut dibawa kebahagiaan duniawi.
Tahun kebelakangan ini terasa lambat berlalu.berbanding thn2 sebelum ini.sampai saya terasa kemana hilang usia 22-24 tahun saya? semacam saya x banyak ingat peristiwa2 yg terjadi waktu itu.dan tiba2 saya dah 27 tahun.haa..tu namanya x mahu terima hakikat.haha.
27 tahun saya disambut dgn penuh kebahagiaan. Mencurah2 kasih sayang yg saya terima..namun Tuhan uji pula dgn kesihatan yg x mengizinkan.dan demam itu dtg tepat2 pada hari lahir saya..itu tandanya-sedar sikit.kau tu dah tua.bila2 Tuhan ambil kau.jgn nk seronok sgt kejar dunia.- ok.saya terima mesej tersebut.weeeeee...
hari lahir saya.setiap tahun pn cuti umum.sbb saya mmg baik hati beri cuti pada rakyat selangor..dan tahun ini,famili telah rancang a birthday vacation utk saya.mengada kan saya.hari lahir org lain disambut biasa2 je.tp utk saya selalu yg plg special.kenapa ye?...heee.. hari indah saya disambut di cyberview lodge resort, cyberjaya. dan percutian ini untuk memenuhi impian saya yg selalu sibuk nk ajak ayah pergi memancing.tapi....saya nk mancing kat laut laaa...bkn kt tasik.huuu.
oleh krn kondisi badan yg sgt tidak sihat.badan dah rasa seram sejuk.pijak tanah pn dah rasa tinggi rendah je, maka saya hanya duduk tepi tasik jd penonton. yang bukan main syok memancing dah tentu la ayah saya,akak dan adik.saya hanya jd tukang baling2 roti bg ikan makan.haha.


malamnya birthday treat di verandah restaurant,cyberview. makin parah keadaan badan.bersin tak henti2 langsung x beri izin saya utk menikmati mkn malam yang cuma sekali setahun ini. potong kek juga yg paling sedih.meleleh2 air mata seperti terharu sgt kononnya.yg paling best, dapat hadiah.semua yg diidamkan. ibu beri saya jam babyG pink idaman hati.along beri handbag dan ayah...katanya hadiah yg plg besar.maka tunggu balik rumah baru claim.weeeee..



pulang bilik hotel.langsung tidur x sedar diri.bgn pagi keesokannya..alaaaa,dah hari baru.dah bukan harijadi.mcm nk doa...Tuhan, x boleh ke kalau hari2 hari jadi? seronok tak terhingga..kau dilayan bagai puteri hati. seperti satu dunia hanya beri perhatian pada kau seorang.ohhhhh,indahnya! terjaga lewat pagi, masih ramai yg kirim ucapan.dan ambil berat tentang kesihatan diri. wahai korang,tolong jgn suweet sgt boleh?nanti kalau saya jatuh hati mcm mana?eh?
ayah pula masih x puas memancing.semalam dah dpt ikan patin gemok bulat.diberi pada org.hari ini nk lepas gian memancing lagi.aduh.lewat tengah hari baru check out hotel.sampai rumah.ada delivery sampai bilik.hantar hadiah dari ayah.haha.comel sangat.ayah beri saya meja study.yg memang sangat mahu! yg paling comel,meja study pon warna putih pink.sgt tema warna bilik saya.oh,suka sgt! yeay yeay yeay.tp sebab demam.x boleh loncat2 atas katil.
weeeeee....kenapa bila hari lahir, tak boleh lanjut sikit jadi 48 jam ke atau 52 jam ke? saya x puas nk sambut hari lahir ok. 24jam itu semacam sangat pendek untuk rasa disayangi,dihargai dan diberi perhatian semahu2nya..ibu,ayah,along,zayd,nenek,sahabat2,teman2 yg hanya bersua muka di fesbuk,teman2 belajar...korang semua telah membahagiakan hari lahir saya walau hanya dgn ucapan 'HB'. saya hargai setiap ingatan dan usaha anda untuk menulis di wall saya. saya hargai setiap satu dari kamu. terima kasih.terima kasih utk menjadikan hari ini hari yang saya rasa sangat di awang2an. sangat diberkati dengan kasih sayang anda semua.kalian terpaling best saya miliki hari ini dan harapnya hingga ke hujung nafas saya.doa saya agar Allah rahmati kalian juga.=)

peluk cium paling ikhlas dari saya.
- birthday gurl -

Sunday, December 11, 2011 12:53 pm (isyaboo)
Saturday, December 10, 2011
salam.hi.
awal2 lagi saya x berani nk register utk hadir ke program ni.sbb hati saya selalu punya instinc yg kuat.dekat ofis mesti ade keje nt.dan memang betul 10 dec ada majlis konvokesyen U3A.sgt ramai staf yg x dpt hadir.masing2 ade hal sendiri hujung thn mcm ni.serba salah jugak.tp maaf.saya dah dahulu book tarikh untuk diri sendiri. ye, skrg saya sgt pentingkan diri dan tak mahu lagi korban waktu utk kerja.sbb mereka..x pernah hargai pun.
baik saya menghargai mereka.yg kenal dan hadam apa itu maknanya PENGHARGAAN. kami kenal hanya melalui skrin monitor.melalui skrin hp yg dah calar balar.tp hubungan kami sgt rapat.spt diekori saya di setiap langkah saya sejak akhir2 ini.yg mengerti apa rasa saya.apa mahu saya. mereka sgt menggembirekan hati saya. kamu tahu..mcm mana gembirenya ketika mula2 punya teman lelaki? mcm tu lah gembirenye saya miliki mereka semua.


mereka bukan seperti pelangi.bkn juga matahari atau bulan saya setiap hari.tapi mereka adalah mereka.yg menjadi diri sendiri dan tetap membahagiakan hari2 saya. mereka masing2 sbnrnyer punya cerita sedih,hancur,luluh,rabak,remuk dan segala sakit yg lain. dan kerana rasa itu, Tuhan temukan kami di satu medium bukan di dalam syurga tapi di atas awan yg cukup menyenangkan kami. saya patut berterima kasih pada blog awan krn wujud dia sbg org tengah utk pertemuan dan perkenalan kami.
setelah hampir 2 bulan berkelana di ruangan maya,kami akhirnya bertentang mata di suatu program khas buat pembaca setia blog awan.teruja x terkata.x sabar nk jumpe kwn2 baru.kwn2 pemberi senyuman saya stiap pagi,petang dan malam saya.bermula dengan persiapan cupcakes dan goodie bag di rumah yani,yg merupakan tulang belakang utk program ini pada pandangan saya.dia antara sahabat baru yg sanggattt menyenangkan.sangat manis dan sgt baik orangnya.hey,mana nak cari kwn yg sanggup susah payah demi program kwn lain.tanpa dipaksa.diarah apa pun.dia sanggup buat semua dengan rela.
program bermula lebey krg jam 5.dimula perkenalan setiap seorang sahabat baru.dan terus ke sesi luahan rasa seorang awan.yg menjadi idola pembaca2 yg gila tentang karya dia.penulisan dia.sejujurnya dia mmg seorang penulis yg sgt berbakat.tak semua org punya perspektif apa yg dilihat dia.diberi pula bakat utk gubah semua ciptaan ini menjadi sebegitu indah bait2 kata utk dihadam pula oleh setiap pembacanya.saya akui.setelah berbulan menelaah setiap baris kata dia..saya terlalu banyak berfikir tentang hidup.yg dulu saya cuma lalui setiap flow yg mendatang.saya cuma memijak setiap permukaan untuk terus ke jejak2 hari berikutnya.tp sejak kebelakangan ini, saya mula menyelam masuk.menyelingkap setiap kejadian yg Tuhan berikan pada saya. setiap hela nafas saya hari ini.semua itu nikmat.makin syukur saya pada setiap saat Kau berikan.


pertemuan ini antara yg terindah dlm hidup saya.Ya ampun.saya bahagia gila.gelak x henti2.sampai.ok,belum sampai lupa diri.haha.gurau senda.hilai tawa.tepuk tampar itu masih terngiang2 dlm kotak fikiran.saya rinduuuuu mereka teramat sgt. jom kita sama2 doa pada Tuhan.moga kita ada banyak lagi masa untuk terus bertemu,bermesra dan bergembira.tolong juga doa.agar hubungan ini, persahabatan ini Tuhan ikat kita sampai hujung nyawa.



terima kasih Tuhan.mereka anugerah terindah dan hadiah terhebat buat hari lahir saya tahun ini.=)

**bahagia gila mereka siap nyanyi lagu harijadi utk saya.pulang lewat malam,bertalu2 ucapan harijadi menerjah henfon saya.heeyyy,hari ini.malam ini.cukup indah.sampai tak terkata.saya rasa sgt BLESSED.tersentuh. perasaan ini seperti saya mahu peluk semua.kuat2.erat2.sayang amat! T_T
Saturday, December 10, 2011 01:42 pm (isyaboo)
Thursday, December 08, 2011
terkadang.bila terfikir kembali.seperti tiada satu apa pn kata yg keluar dr mulut kau.dengan segala mcm mesej palsu yg kau reka.akaun fb bermacam nama kau daftarkan. seperti tiada satu pn yg mampu aku yakinkan kesahihannya.seperti aku x mampu langsung nk kenali siapa kau. terlalu banyak watak yg kau pegang dengan hanya bertopengkan wajah yang satu.tah siapa sebenarnya engkau.yg tiba datang dlm hidup aku yg awalnya indah gila.sampai aku mohon pada Tuhan untuk rasa apa lah yg sakit sgt bercinta ni.kerana hati aku terlalu kosong tiada masalah untuk dibebani. tiba2 Ya Rabb kabulkan permohonan aku. dihantarnya kau yg x serupa manusia.merobek segala setiap sesuatu yg pernah aku pertahankan.tentang prinsip.tentang agama. tentang segala. kau musnahkan semua.sekejap, tapi terkesan.mungkin sampai mati.atau mungkin org seperti kau x selayaknya untuk diingat sampai hujung nyawa.sia-sia kau tahu? tapi aku x pernah salahkan sesiapa pun. ini jalan yg Tuhan tetapkan untuk aku kerana doa aku juga mungkin.maka telan saja.malah aku patut berterima kasih mungkin pada kau. sebab kau x pernah beri aku apa pn kecuali sehelai tshirt. tak terseksa aku andai terlihat brg2 yg kau beri lalu aku tatapi dan tangisi.tiada! yg kau tinggalkan untuk aku hanya kenangan. dan penghujung kenangan itu adalah suatu kata azimat yg seolah kau baca pada aku..tinggg,aku tersedar dari pukauan kau selama setahun lalu...maafkan saya,saya sayang 'isteri' saya.itu x mungkin berubah.
SMS tu dibaca tatkala aku yg masih terbelengu dgn kisah hidup kau yg dusta sedang bersama sahabat2 aku. malah perbualan telefon terakhir kita sejurus selepas sms itu dibaca pn dirakam oleh kawan2 terapat aku. tak termampu setitis air pn utk keluar melahirkan rasa yg sedang aku tanggung.hati aku tersangat hancur sampai x mampu langsung menghantar mesej ke otak untuk melahirkan perasaan apa yg sedang aku alami ini.
hey,kalau kau baca ni.aku nak anugerahkan kau pelakon paling hebat abad ini..eh,x lupa juga..anugerah pengarah paling hebat..kalau x,mana mungkin kesah hidup kau terlalu tragis kononnya kan? doa aku moga layar cerita kau tu akan benar2 jd realiti untuk kau.aminnn.hadiahnya? aku halalkan setiap sen aku untuk kau.mungkin harga seluruhnya sama dengan nilai yg dimenangi oleh pemenang anugerah skrin.kau x percaya? kau duduk dan hitung setiap satunya.aku x pernah bohong kau la.
baikkan aku.sudah ditipu bertubi2.diperdaya dgn lakonan terhebat.diberi anugerah siap hadiah lengkap.=)
* hey,saya x pernah mahu tulis kisah hati dekat blog ni. apetah lagi kisah tentang kau.membazir entri untuk saja2 tulis psl kisah hitam yg kau palit dlm jejak hidup aku. tp rugi kalau esok dah tua.aku dah x ingat apa yg kau pernah buat.mcm mana aku nak ketawakan kau dgn apa yg dah jd dengan kau waktu itu.kahkahkah.(aku sbnrnya bkn baik sgt..) =p
Thursday, December 08, 2011 12:48 pm (isyaboo)