Welcome to isyaboo.blogdrive.com
Credits
Designer: MilkyPoop
Basecode: SiPei
Image: Cyworld
Cursor: Lovelycore
Pixels: HappyyStop PureMilky

Monday, September 10, 2012
.sambutan hari raya UPM.

Assalamualaikum.

Since it's still in Raya mood, i will continue writing about my raya celebration. Selalunya setiap tahun, bila sambutan raya UPM..we all akan pergi mentedarah je la sebab UPM yang akan provide all the foods. But this year, every PTJ (faculty, institute and center)  have to use their own budget untuk buka gerai sendiri. Sukati lah masing-masing nak serve apa pun. Kalau rasa takde budget, taknak buka gerai pun takpe. tapi nanti tadah telinga je la kene kutuk ngan PTJ lain.haha. =p

Since our Institute ni kecik je, so we all akan combine with two other institutes untuk buka stall sama-sama. Dan tak pasal2 pulak, tetiba saya dilantik untuk arrange kan mende alah ni on behalf of our institute. Setiap stall nanti bukan setakat kene serve makanan untuk semua yang hadir, tapi jugak akan ada pertandingan gerai tercantik. ngeeeee, kalau bab menghias dan bab2 pertandingan ni, saya memang poyo sikit. =p

Few weeks before sambutan lagi, saya dah asek mengoogle jee nak carik idea how to decorate our stall nanti. and i got the idea to use a traditional and classic theme. so,sehari before sambutan, my bestie and I went to my fren's house pinjam barang2 antik yang dia ada.mujur ada kawan yang suka collect barang2 antik ni..dapat jugak pinjam untuk deco..ngeee..tenkiu kak zura!=)

So esoknya, pepagi buta dah keluar rumah, gila semangat nak pergi hias stall.habis semua kain batik ibu dipinjamnya nak guna buat deco tu.ibu pun pening kepala.sebabkan anak2 dia sume keje upm n terlibat plak nak hias gerai masing2, habis sume barang2 kat umah ni diangkutnya.hahaha. Susah jugak ye bila da keje sama2.dah nak kene bersaing plak ni.=p

 

our stall serve nasi impit together with rendang and roti jala. seronok juga first time jaga gerai macam ni. rasa macam berniaga kat bazar ramadhan lak. semua rebut2 datang. tak menang tangan dibuatnya.tapi best la, rasa macam laku plak makanan kitorang ni..padahal makanan free, sape yang taknak kan..sedap ke tak tu belakang cerita la..=p.. kalau dah asik kene serve orang yang datang stall je, bila plak masanya kitorang nak makan ni? dengan dah penat2 menghias, serve makanan kat orang, memang takde selera la nak makan. tengok stall2 lain serve macam2 makanan, ada laksa, rendang,nasi lemak, macam2 jenis nasi, cendol, makanan dari soya yang diorang proses sendiri...eh mcm2 la..cakap je apa yang takde..sampai tak boleh nak buat pilihan.last2 amek kuih je.haha. ( i hate too many choices i cannot decide!=p)

sementara nak tunggu juri datang judge stall, kitorang lepak2 je la..tak sangka sebenarnya juri dah datang tapi tengok2 tanya sikit2 je..tup..tup..tetibe dah pengumuman pemenang stall tercantik. eh, tah bila masa juri datang pun tatau sebenarnya. tengah konpius2 badak,terpinga2 camtu, tetibe pengumuman tempat ke6 adalah gerai kami! kahkahkah...lawak betol. dah la blur2,tetibe sume macam berpandangan sesama sendiri.. eh,gerai kita ke? haha..seronok n satissfied sangat.even bukan menang tempat pertama pun, at least kesungguhan kitorang ni tak la sia-sia sangat. terima kasih la kat semua kwn2 satu ofis n kwn2 baru from IBS n IPSAS yang tolong sama2 deco stall ni. its a great experience! =)

 





your name Monday, September 10, 2012 03:10 pm (isyaboo)

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry
Home

Blogdrive Templates



[date]
[blog title]

[body]
[extended entry][extended keywords]
[comments] [permalink]
your name [date] [time] ([author])



Blogdrive